Home Muktamar PAS Ke 65 Projek pasar raya wakaf siap Sept 2020

Projek pasar raya wakaf siap Sept 2020

3
SHARE

Oleh: ASLANI M

KUANTAN: Projek terbesar yang diirancang PAS Pusat iaitu membina sebuah pasar raya yang melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM18 juta yang dijangka siap pada September 2020.

Pengerusi Lajnah Ekonomi, Hartanah dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat Dato’ Dr Mohd Khairudin Aman Razali berkata, pembinaan pasar raya wakaf di Dungun sekarang siap 30 peratus melibatkan kos RM700,000.

Katanya pembinan bangunan pasar raya itu membabitkan kos RM12 juta dan diharap mendapat sokongan semua perwakilan bagi membolehkan pasar raya wakaf tersebut menjadi kenyataan.

“Lagipun kita sudah ada perjanjian dengan Pasar Raya Sabasun yang akan memanfaatkan pasar raya tersebut. Dan diharap hari ini setiap perwakilan boleh menyumbang wakaf RM30 setiap seorang untuk membolehkan pasar raya itu disiap segera,” katanya.

Menggulung perbahasan ucapan dasar presiden pada hari terakhir muktamar di Stadium Tertutup Sukpa hari ini katanya juga lajnah tersebut turut merancang mewujudkan pasar raya mini yang dirancang di seluruh kawasan PAS.

Katanya pada perancangan awal akan diwujudkan di 109 kawasan yang melibatkan kos RM300,000 hingga RM500,000 setiap sebuah. Perancangan awal akan dibina di Kuala Nerus. – HARAKAHDAILY 23/6/2019