Home Muktamar PAS Ke 64 PRU 15 Islam Pimpin Perpaduan

PRU 15 Islam Pimpin Perpaduan

15
SHARE

Oleh : ‘Aisyaa Yamin

KUALA TERENGGANU, 15 Sept : Asas dan matlamat penetapan roadmap PRU 15 adalah jelas, iaitu untuk membolehkan Islam memimpin perubahan dan perpaduan negara, ucap Presiden PAS.

“Saya menyeru seluruh organisasi PAS untuk mengatur persiapan bagi menghadapi PRU 15, yang boleh berlangsung awal dari tempoh lima tahun,” seru Tuan Guru disambut laungan takbir oleh para muktamirat.

Jelas beliau lagi, keutamaan perlu diberikan kepada aspek penambahan ahli, pemerkasaan organisasi, pembinaan imej dan pembentukan kerjasama.

Di samping itu juga katanya, sistem pilihan raya juga perlu diperbaharui bagi memastikan kepimpinan Islam terjamin dan hak agama lain terpelihara.