Home Muktamar62 Artikel Puisi khas dari Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan

Puisi khas dari Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan

133
SHARE

 

MENGHUNUS HIKMAH DITENGAH RANCAU FASAD

Politik adalah seni rencam,
Melukiskan garisan tersurat dan tersirat,

Malah bicara Tuan Guru Haji Hadi yang ku dengar tadi,
Seakan mengingatkan kembali
Perjuangan almarhum Ustaz Fadzil Nor suatu ketika dahulu.

Menjerat musuh dengan bicara,
Penuh mantik dan kiasan,
Lembut tuturkata menitip sejuta teladan,

Alangkah hebat kepimpinan PAS
Kelmarin, hari ini dan kapanpun

Lihat saja,
Berbagai gaya,rentak dan nada,
Hingga musuh keliru dan kelu,
Kawan jua rasa terharu.
Musuh pernah mengira,
Tuan guru guna belati,
Tajamnya buat menusuk dan
menikam,

Namun musuh ternyata silap
Tuan guru gunakan ranting cuma,

Malah buluh kecil dan kering,sebagai senjata diri.

Namun ianya amat berbisa,
Menusuk dan menikam,
Seluruh urat sendi dan jantung musuh

Terkaku dan terkulai,
Tak bisa bergerak,
Justeru kawan dan rakan terpaku kelu.

Segalanya adalah rumpun perjuangan suci,
Tuan guru kepimpinan PAS kita.

Ust.(H) Md  Ali  Jamil
Ketua Dewan Ulamak Pas Wp
7hb. Mac . 2016.