Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Ulamak Rancakkan Perbincangan Tentang Kenegaraan Dalam Islam

Rancakkan Perbincangan Tentang Kenegaraan Dalam Islam

88
SHARE

Oleh : Mohamad Syakir

Indera Mahkota, 20 Jun – Dalam ucap utama Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat kali ke-58, ketua Dewan Ulamak PAS, Dato’ Dr Haji Mahfodz Mohamed menggariskan beberapa peranan yang perlu dipikul oleh ahli dewan ulamak. Antaranya adalah  meyakinkan masyarakat bahawa sumber penyelesaian terhadap semua permasalahan hanyalah daripada Islam.

“Tugas para ulamak ialah  pasakkan keyakinan kepada seluruh masyarakat bahawa hanya Islam sebagai jalan penyelesaian terhadap semua isu yang melanda.”

“Ini keyakinan kita yang diterapkan kepada semua ahli menerusi proses tarbiyah yang dilakukan.”

Tambahan beliau, perbincangan yang melibatkan hal ehwal kenegaraan dalam Islam perlu diberi perhatian secara lebih meluas dan serius.

“Adalah wajar untuk perbincangan mengenai kenegaraan dalam Islam perlu diketengahkan lagi malah diwacanakan bersama para ilmuan lain bagi mendapatkan hasil perbincangan yang lumat serta matang.”