Home Muktamar PAS Ke 63 Rangkuman Ucapan Penggulungan AJK PAS Pusat Dalam Muktamar PAS ke 63

Rangkuman Ucapan Penggulungan AJK PAS Pusat Dalam Muktamar PAS ke 63

3563
SHARE

Rangkuman Ucapan Penggulungan AJK PAS Pusat Dalam Muktamar PAS ke 63

Oleh: Ustaz Nik Nasri

Alor Setar 1 Mei 17– Pagi ini ialah hari penggulungan dari pimpinan PAS Pusat. Alhamdulillah, PAS Pusat tidak kurang tokoh walaupun beberapa orang pimpinan dahulunya telah tiada.

‘Projek Ekonomi Untuk Jana Pendapatan’

Ucapan dimulakan oleh Dr Khairuddin Aman Razali memulakan bicara mewakili Lajnah Ekonomi, mencadangkan projek ekonomi yang agak besar, yang tentunya bukan calang-calang mahu menanganinya. Beliau juga mengulas tentang hukum GST yang dipegang oleh PAS sebagai haram dengan mengemukakan nas-nas Quran dan Hadis.

‘Kebajikan Mendekatkan Rakyat Kepada PAS’

Dr Rosni Adam mewakili Lajnah Kebajikan mengulas panjang tentang program kebajikan yang telah dilakukan, dengan pelbagai cadangan praktikal. Beliau adalah doktor bidang pergigian yang tentunya sebagai pengamal perubatan sangat dekat dengan aktiviti kebajikan.

 

‘Dekati Kaum Lain Melalui Bahasa’

Dr Najihatussolehah pula menerangkan tentang Lajnah Perpaduan Nasional dan keperluan mendekati pelbagai kaum dengan mempelajari bahasa-bahasa kaum lain seperti Mandarin, Tamil dan bahasa di Sabah dan Sarawak.

Budaya Asing Yang Mencabar

Dr Ridhuan Md Nor sebagai pengerusi Lajnah Kebudayaan mengupas mengenai konsep budaya serta pendekatan kepada anak-anak muda menerusi program kebudayaan.

‘Fahamkan Peneroka Dengan Ilmu Yang Benar’

Haji Razman Zakaria selaku pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka. Beliau mengambil-alih tugas dari orang sebelumnya yang sudah keluar parti dengan membawa sekali pelbagai NGO yang sangat rapat dengan PAS. Isu-isu pembangunan tanah Felda dan lain-lain isu dibincang. Begitu juga sokongan peneroka kepada PAS yang perlu dipertingkatkan. Perlu beri kesedaran politik kepada para peneroka.

NGO Sebagai Kuasa Ke 3′

Prof Hj Zainal Kidam sebagai pengerusi Lajnah Perhubungan NGO menyebut Lajnah ini baharu. Namun ia penting kerana NGO-NGO ialah badan third force yang ada kekuatan tersendiri. Kita tubuh Majlis Pemuafakatan NGO Negara untuk mengetuai isu-isu yang sangat banyak. Contohnya isu RUu355 yang menggerakkan pelbagai NGO, termasuk menangani isu bahasa kebangsaan. Semua NGO perlu didekati untuk sama-sama menangani pelbagai isu rakyat. Lajnah mensasarkan 500 NGO untuk bersama PAS.

Pertanian Yang Diabaikan Kerajaan’

Haji Sanusi mengetuai Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar. Beliau mengambil Lajnah ini dari orang yang sebelumnya yang tidak lagi bersama parti.
Kedah, walaupun sebagai jelapang padi negara hanya bekalkan 43% keperluan beras negara.

Sektor pertanian sebenarnya sangat kritikal dalam negara, samada sudut pengeluaran, isu monopoli harga, isu food security.

‘Berjemaah Dengan Berilmu

Dr Zuhdi Marzuki selaku Pengarah Pusat Penyelidikan PAS mengupas mengenai pusat-pusat penyelidikan yang muncul, namun ada yang jelas kecenderungannya kepada parti tertentu seperti ILHAM Centre, Invoke dan lain-lain. PAS juga mempunyai pusat penyelidikan tersendiri dan membuat kajian-kajian. Ia tidak diumumkan, hanya untuk dalaman.

Apabila Presiden PAS sebut tentang PAS yang mampu menguasai 40 kerusi Parlimen dan beberapa buah negeri, ia bukan bercakap kosong.

Dokumen Hijau adalah penyelesaian teknikal menurut Islam terhadap negara, negeri dan kawasan.
Memorandum diberikan apabila berkait isu tertentu seperti Akta yang berkaitan dana rasuah dan lain-lain.
WINS merupakan blueprint menyeluruh bagaimana PAS nak bina negara.
Manifesto adalah tawaran ringkas dalam pilihanraya.

‘Bersiap Hadapi Pilihanraya

Haji Mustafa Ali selaku Pengarah Pilihanraya PAS Pusat menyebut bahawa muktamar ini adalah terakhir sebelum pilihanraya. Petunjuk pilihanraya sangat hampir ialah ia tidak boleh lewat dari Jun 2018.

Bila tarikh paling awal PRU14? Sebelum ini persempadanan semula dibuat. Sidang Parlimen akan datang pada Julai 2017, dan paling awal PRU 14 ialah pada bulan September. Ini kaedah secara teknikal untuk difahami.

Jabatan Pilihanraya telah membuat lawatan ke seluruh negara. Semua negeri dan kawasan kelihatan telah membuat persediaan. PAS mempunyai institusi tersendiri berkait pilihanraya iaitu ILPAS yang mungkin tidak dipunyai oleh parti lain.

Dato’ Mustafa Ali yang sangat mahir dalam selok-belok politik mengimbau senario politik sebelum ini, samada di Kelantan atau lain-lain tempat.
Antara elemen penting-sokongan pengundi, strategi, jentera perlu dilihat.
Kita mesti menarik seramai mungkin sokongan pengundi kepada kita.
Senarai calon telah diminta oleh Pusat dan akan diputuskan oleh PAS Pusat.

 

‘Kita Semua Agen Penerangan’

Ustaz Nasrudin Hasan selaku Ketua Penerangan PAS Pusat bersedia menerima segala cadangan positif kepada Lajnah Penerangan. Kita semua adalah agen penerangan parti. Lajnah pohon supaya 3B dilaksanakan berkaitan Harakah-beli, baca, beri. Beli sebagai infaq kepada jemaah, baca untuk dapat maklumat tepat, beri untuk sebarkan maklumat kepada orang lain.

Jangan lemah dan lemas dalam fitnah musuh.

3 ramuan-istiqamah, persiapan dan
bantuan Allah.

Kita tubuhkan kumpulan mujahid siber berperanan positif di alam maya.

‘Berteduh di bawah pohon hijau’

Balasubramaniam selaku pengerusi DHPP memulakan ucapan dengan membaca ayat Quran surah Al-Maidah:8 mengenai berlaku adil kepada semua kaum.

Semua kaum mahukan keselamatan hidup. Islamlah menjadi tempat berlindung. Kami rasa selamat berada di bawah PAS. Kami ikuti usrah ILHAM mengenai Islam. DHPP kagumi sifat Presiden yang memaafkan Nanyang Siang Pau. Kami mahu PAS menang dalam pilihanraya kerana PAS mampu memerintah Malaysia. Kami mahu Tok Guru jadi PM Malaysia.

Kami tidak pernah dipaksa masuk Islam, kerana itu kami tidak pernah bimbang apabila usul RUU 355 dibentang kerana ia khusus untuk penjenayah di kalangan orang Islam.

Muslimat: Sayap PAS Yang Hebat’

Ustazah Nuridah Salleh selaku Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat menyebut tentang Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat yang berjalan lancar dan cepat. Beliau membacakan hadis Nabi tentang dosa yang tidak dapat dihapuskan oleh solat dan puasa, melainkan dengan tangan, iaitu mencari nafkah’. ‘Selamat Hari Pekerja’.

Beliau juga menyebutkan jumlah kutipan yang agak besar, termasuk untuk sumbangan menangani kes Sarawak Report yang kemudian disumbangkan kepada PAS Pusat.

Tentang isu hubungan PAS-PKR, Muslimat telah bincang isu ini tahun lepas dan sudah diserahkan kepada Majlis Syura Ulama.

‘Pemuda Teguh Di belakang Kepimpinan’

Ustaz Khalil Abdul Hadi selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia memulakan ucapan dengan membaca ayat Quran mengenai perintah sabar dan taqwa. Saya terima amanah jawatan ini dari Ustaz Nik Abduh.

Dewan Pemuda PAS Pusat berdiri teguh di belakang Dewan Ulama PAS Pusat dalam menangani pelbagai isu, walaupun secara sinis digelar parti Pak Lebai.

Sekolah Rendah Islam Tunas Islam (SRITI) di bawah pemuda. Pemuda akan beri perhatian kepada remaja.

Tugas perkaderan penting, justeru Pemuda sarankan supaya semua beri perhatian kepada anak-anak supaya tidak tercicir dari perjuangan PAS. Cabaran alam maya melalui fakenews, aliran sesat meracuni fikiran anak muda, di bawah parti dan badan tertentu yang mesti ditangani. Dewan Pemuda mengambil acuan Islam muktadil untuk atasi perkara ini.

Kepada anak muda Islam, mesti kembali kepada Islam. Kepada anak muda bukan Islam, kajilah Islam.

Medan PRU 14 dikatakan akan bertembung antara kelompok yang mahu Islam dimartabatkan dan satu kelompok lagi tidak mahu Islam dimartabatkan. Dewan Pemuda berdiri di belakang kepimpinan PAS yang mahu memartabatkan Islam.

Kita mahu cara berfikir rakyat diubah kepada Islam apabila kita diberi peluang memerintah beberapa negeri.

Dewan Pemuda akan cuba menguasai 60% undi anak muda. Dewan Pemuda Pusat akan menggerakkan jentera pemuda bagi membantu perkara ini.

‘Ulama Mesti Dalami Pelbagai Disiplin Ilmu’

Dr Mahfodz selaku ketua Dewan Ulama PAS Pusat bersyukur kerana Muktamar kali ini tenang. Dewan Ulama sedia menerima kritikan membina.

Dewan Ulama ketika Muktamar PAS Pusat di Kuala Selangor telah mengemukakan usul putus tahaluf siasi dengan DAP. Kali ini Dewan Ulama juga, bersama dengan kawasan mengemukakan usul putus hubungan dengan PKR. Kita mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan.

Kepada para asatizah mestilah mendalami semua jenis ilmu dan praktikkan ilmu itu. ‘Orang yang tidak takutkan Allah, bukanlah ulama’.

Ulama mesti beri penjelasan dan penerangan tentang budaya politik matang dan sejahtera kepada masyarakat.

Marilah kita bekerja bersungguh-sungguh mendaulatkan Islam ini.

Kesimpulan:

Saya melihat para AJK PAS Pusat serta ketua-ketua Dewan mahir dan ada banyak maklumat berkaitan Lajnah yang dipegang. Inilah kelebihan PAS yang tiada dalam parti lain.

Kompleks PAS Kedah
Isnin 1 Mei 2017
1.15 tengahari