Home Muktamar PAS Ke 65 Raptai perbarisan JAM tarik perhatian hadirin

Raptai perbarisan JAM tarik perhatian hadirin

71
SHARE

Oleh: SYAHIRAH SALLEH

KUANTAN: Raptai perbarisan anggota Jabatan Amal Malaysia (JAM) menjadi tumpuan perwakilan-perwakilan dan pemerhati yang hadir ke Muktamar Tahunan PAS ke-65, di Stadium Tertutup Sukan Pahang (Sukpa), di sini.

Dimaklumkan JAM telah pun bersedia menunggu ketibaan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang untuk acara Tabik Hormat Muktamar Tahunan yang akan menyaksikan Presiden PAS menerima Tabik Hormat dari anggota JAM sejak jam 7.30 pagi tadi.

Setakat jam 8.15 pagi, kenderaan masih tidak berhenti berasak masuk ke pekarangan Stadium Sukpa bagi menghadiri Muktamar Tahunan 2019.

Orang ramai mula memenuhi segenap ruang pekarangan Stadium Sukpa dan di dalam stadium bagi menyaksikan Perasmian Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung hari ini.

Pada jam 8.21 pagi ketibaan Pemangku Presiden Umno, Dato’ Seri Mohamad Hasan bersama Ketua Pemuda Umno, Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki serta delegasi dari Umno diikuti ketibaan Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tiba kira-kira jam 8.50 pagi.