Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Muslimat Reruai Arkib DMPM Menampilkan Buku Rekod Berusia 67 Tahun

Reruai Arkib DMPM Menampilkan Buku Rekod Berusia 67 Tahun

138
SHARE

Reruai Arkib DMPM Menampilkan Buku Rekod Berusia 67 Tahun

Oleh: Nadiah Saari

KUANTAN, 15 Jun – Buku rekod keahlian PAS terawal yang terdiri daripada ahli Muslimat telah dipamerkan di Reruai Arkib DMPM yang terdapat di luar dewan Pusat Konvensyen Bukit Gambang Resort City.

Buku rekod tersebut masih lagi dalam keadaan baik walaupun usianya sudah mencecah 67 tahun.

Selain itu, menariknya buku rekod tersebut kerana corak yang terbentuk daripada mamahan anai-anai itu seperti corak abstrak yang semulajadi.

Buku tersebut telah disimpan di Pejabat Agung PAS selama ini sebagai simpanan arkib DMPM.

Turut dipamerkan dokumen pertubuhan Dewan Muslimat PAS 1966 dan teks Usrah yang diguna pakai pada tahun 1995-1996 di reruai berkenaan.