Home Muktamar PAS Ke 66 Dewan Muslimat Sabah Bakal Saksikan Syiar Islam Tertegak

Sabah Bakal Saksikan Syiar Islam Tertegak

34
SHARE

Sabah Bakal Saksikan Syiar Islam Tertegak

Oleh: Asmaa Yusof

KUALA LUMPUR: “Islam Memimpin, Wanita Sejahtera – Perpaduan dan Hal Ehwal Negeri Sabah dan Sarawak,” demikian tajuk ucapan penangguhan dari perwakilan Negeri Sabah, Ustazah Siti Armah Bakar.

Memulakan ucapan, Siti Armah menjelaskan hanya seramai 5 orang perwakilan dari Sabah yang hadir pada muktamar kali ini.

“Ramai lagi tidak dapat hadir memandangkan keadaan tidak mengizinkan. Ada ramai yang terpaksa membatalkan tiket penerbangan di saat akhir kerana tidak dibenarkan keluar daerah,” katanya.

Menerusi ucapannya, beliau berkata Sabah merupakan sebuah negeri yang asing, jauh dan ketinggalan.

“Baru-baru ini ada isu pelajar terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan internet.

“Walaubagaimanapun, Sabah ini merupakan negeri yang sangat unik. Sabah ini rakyatnya pelbagai bangsa dan agama.

“Dalam satu keluarga, ada pelbagai agama. Sangat unik.”

Justeru itu ujarnya, apabila PAS sampai di Sabah, ia agak sukar diterima sehinggalah ke hari ini sebagaimana ucaptama ketua DMPM, Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional adalah platform politik terbaik.

Tambah Siti Armah, Sabah dikejutkan dengan satu permuafakatan di mana PAS tidak ada satu kerusi pun di dalam pilihanraya yang akan berlangsung dua minggu akan datang.

Namun ulasnya, semangat dan sokongan padu dari muslimat lain amat diperlukan agar Islam mampu bersinar di Sabah.

“Saya memohon saudara saudari di Semenanjung, walaupun Sabah sangat jauh tapi sangat lembut hatinya.

“Doakan Sabah, doakan kami agar terus kuat berjuang dalam mempertahankan akidah seterusnya sama-sama menegakkan syariat Islam di bumi Malaysia,” katanya.