Home Muktamar61 Artikel Sabar Dalam Mendepani Fitnah

Sabar Dalam Mendepani Fitnah

130
SHARE

KUALA SELANGOR, 6 Jun – Pengerusi Lajnah Mobilisasi & Demokrasi PPAAS Pusat, Tuan Haji Mohamad Sabu berkata mobilisasi demokrasi siapa yang menyambung tugas ini mestilah mempunyai hubungan rapat dengan NGO kerana politik mutakhir ini ramai rakyat yang tidak memilih pasca UMNO tetapi memilih NGO seramai 40% dalam kalangan anak muda. Jelasnya, tabung pasca banjir masih lagi mempunyai baki dan akan dipindahkan kepada jawatankuasa baru.

Beliau menegaskan bahawa jangan sesekali mencurahkan asid kepada bekas pimpinan malahan perlu berlapang dada. Beliau juga melihat fitnah amat pedih tetapi harus lalui dengan sabar. Apabila melihat perbezaan pandangan sesama pimpinan, tetapi dianggap cuba menggulingkan presiden. Sedangkan hubungan pimpinan baik dan tiada konflik.

Lawan kita adalah UMNO/BN ,jangan bimbang DAP kecil sahaja”, katanya lagi. Ini kerana apabila bersama perlukan rundingan,dan memerlukan keredhaan Allah. Mohamad Sabu menyatakan beliau akan meletakkan jawatan di Pulau Pinang iaitu dalam Lembaga Air, dan Lembaga Halalhub.

Ucapan penangguhan beliau diakhiri dengan nyanyian yang antaranya menekankan supaya “kita bersama menjaga parti”.