Home Muktamar62 Artikel Sampaikan kritikan dengan tenang– Ustazah Nuridah

Sampaikan kritikan dengan tenang– Ustazah Nuridah

134
SHARE

Muktamar merupakan ketetapan yang ada dalam Perlembagaan PAS. Para perwakilan dinasihatkan berbahas dengan tenang dan tidak terlalu emosi. Semangat berkobar dalam muktamar.
Yang veteran dan yang baharu saling bertukar pandangan memantapkan perjalanan muktamar agar inputnya parti mendapat kesan yang baik. Muktamar medan muhasabah, medan berukhuwah.

HARAKAH: Nasihat Ustazah kepada perwakilan menjelang muktamar akan datang ini?

USTAZAH NURIDAH SALLEH: Saya berpesan kepada diri saya dan para perwakilan, muktamar kali ini kita memfokuskan kepada hala tuju PAS itu sendiri. Dengan apa yang berlaku di dalam PAS selepas muktamar yang lepas, hiruk pikuk Pilihan Raya Negeri Sarawak dan kita akan bertemu pula Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, mudah-mudahan perbahasan muktamar kali ini akan menguatkan semangat dan jati diri PAS sendiri.

Ia sebagaimana yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w Apapun rintangan yang kita hadapi dalam perjuangan ini menambahkan lagi keimanan dan kesungguhan jihad kita dalam kehidupan yang sementara ini.

Diharap ia juga akan menjadi obor semangat terutama dalam dua pilihan raya kecil ini.  Selain daripada fokus kepada halatuju PAS, mungkin juga ada isu penting khususnya berkaitan rakyat dan negara yang perlu dibangkitkandan dibincangkan dalam muktamar itu nanti?

Pelbagai masalah yang berterusan khususnya yang dilakukan kerajaan Umno-BN, kita sebagai rakyat terpaksa hadapi. Perkara-perkara inilah yang menambahkan tekad kita untuk berjihad dan berjuang sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah S.W.T dalam surah Al Hajj ayat 77 dan ayat 78. Dalam ayat itu Allah berfirman yang bermaksud, “ Hendaklah kamu berjihad di jalan Allah dengan sebenarbenar jihad.Mudah-mudahan semua yang berlaku di dalam dan luar negara kita,akan menambahkan lagi semangat kita untuk berjuang bersungguh-sungguh dan kita dipilih oleh Allah untuk menjadi golongan yang menang di dunia dan akhirat.

HARAKAH: Seringkali dilihat apabila muktamar,ada kalangan perwakilan yang agak emosi apabila menyentuh isu dalaman parti. Respons Ustazah mengenai perkara ini?

Pada pandangan saya, samaada dalam muktamar atau suasana yang ada sekarang ini, lebih baik kita bertenang dan memberi fokus sebenarnya kepada isu yang dibangkitkan. Pada saya, apa yang ingin dicakapkan biarlah ia memberi pahala. Saya menasihatkan diri saya dan kepada semua, apa pun situasi kita cuba bertenang. Dan kita cuba hadapi perkara-perkara tersebut dengan beristighfar,supaya apa yang kita hendak ucap atau maklum balas kita itu akan mendapat pahala dan bukan hanya politik murahan atau untuk mendapat publisiti murahan.

Kita mesti lebih berhati-hati kerana ia dihitung dosa pahala. Sebagai seorang Islam dan pejuang Islam yang menegakkan kebenaran kerana Allah, kita perlu memberi perhatian perkara seperti ini.

Memang pimpinan mengalualukan nasihat yang baik, sebab kita diajar dalam Islam sentiasa nasihat menasihati dan apa yang dinyatakan selain mendapat pahala, memberi manfaat kepada orang ramai.

HARAKAH: Harapan Ustazah terhadap Muktamar ke- 62 akan datang?

Saya harap, dalam suasana kita akan berhadapan dua pilihan raya kecil, saya harap jangan ada yang beranggapan tidak perlu untuk datang ke muktamar.Muktamar merupakan ketetapan yang ada dalam Perlembagaan PAS yang telah disyurakan. Selepas muktamar, kita akan ke dua pilihan raya kecil.Mudah-mudahan dengan tanggungjawab menunaikan muktamar sebagaimana yang ditetapkan dalam perlembagaan, Insya-Allah mudahmudahan banyak manfaat untuk perjuangan kita.

Saya juga mengalu-alukan perwakilan dan pemerhati untukdatang bersama-sama ke muktamar.Berhati-hati di jalan raya dan meninggalkan rumah dalam keadaan yang baik. Lakukan solat sunat musafir,moga-moga kita pergi dan balik dalam keadaan selamat.