Home Muktamar61 Artikel Saran Setiap Ahli Jaga Perkataan Untuk Elak Spekulasi

Saran Setiap Ahli Jaga Perkataan Untuk Elak Spekulasi

135
0
SHARE

KUALA SELANGOR, 6 Jun – Dato’ Mahfuz Omar menegur bahawa ada segelintir wakil rakyat membuat program secara bersendirian tanpa penglibatan pimpinan kawasan. Adun dan ahli parlimen perlu mempunyai rasa rendah diri untuk bersama PAS kawasan dan negeri.

Menyentuh berkenaan usul tanpa bahas, beliau menerangkan jika membahas usul tahaluf akan memakan masa yang banyak yang menggangu komitmen yang lain. Maka ahli jawatankuasa membawa usul tahaluf ke dalam mesyuarat khas, dan usul tersebut tidak sesuai dibawa di dalam muktamar kerana akan memberi implikasi yang tidak baik pada masa akan datang.

Beliau turut mengingatkan ahli jaga perkataan kerana boleh menimbulkan pelbagai spekulasi dan kesan tidak baik kepada parti. Ahli perlu berjiwa besar dalam menerima apa-apa kritikan dan teguran dan berharap setiap ahli menjadi cerminan sesama sendiri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here