Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Muslimat “Saya Lihat Sendiri Corak Pentadbiran Almarhum Tuan Guru Nik Aziz” – Cik...

“Saya Lihat Sendiri Corak Pentadbiran Almarhum Tuan Guru Nik Aziz” – Cik Kumutha

421
SHARE

“Saya Lihat Sendiri Corak Pentadbiran Almarhum Tuan Guru Nik Aziz” – Cik Kumutha

Oleh: Asmaa Yusof

KUALA TERENGGANU, 14 Sept – Penelitian terhadap corak pentadbiran Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan yang tidak mengganggu gugat rakyat beragama lain antara faktor utama Cik Kumutha kekal konsisten bersama PAS.

Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Cik Kumutha menjelaskan demikian semasa diajukan soalan oleh wartawan dalam sidang media Muktamar Dewan Muslimat Pas Malaysia hari ini.

Beliau berkata, kehidupan non-muslim aman damai dan tiada diskriminasi di bawah pentadbiran PAS di Kelantan.

“Dulu zaman Tuan Guru Nik Aziz, saya melihat sendiri pemerintahan Kelantan tiada pencerobohan.

“Saya pernah berjumpa pimpinan Dewan Muslimat Pas Kelantan seperti YB Mumtaz, YB Zailah dan melihat sendiri bagaimana kepimpinan mereka.

“Mereka sangat menghormati kami; tidak memaksa untuk memeluk Islam,” ulasnya.

Beliau yang masih terkejut dengan penanugerahan Wanita Cekal PAS itu turut memberi reaksi positif terhadap penerimaan kalangan bukan Islam kepada PAS.

Tambahnya, pihak DHPP kini telah merangka pelan tindakan bagi menambah keahlian kalangan bukan Islam.

Tegasnya, beliau akan kekal bersama PAS selagi parti itu bergerak selari dengan prinsip al-Quran dan Sunnah; yang menjadi pegangan orang Islam.