Home Muktamar PAS Ke 64 Search and Rescue Tangani Landskap Politik Semasa

Search and Rescue Tangani Landskap Politik Semasa

30
SHARE

Oleh : ‘Aisyaa Yamin

KUALA TERENGGANU, 15 Sept – Perubahan Kerajaan kali ini menuntut PAS dan dan parti – parti pembangkang lain bertindak merangka strategi dan kajian terperinci, demikian ujar Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan menerusi ucapan aluan muktamarnya.

Beliau berkata, tindakan itu perlu bagi mengelakkan apa yang disifatkan ‘dibiar makin parah’ ke atas negara lantaran suasana ketidaktentuan dasar serta situasi persis keyakinan terhadap kerajaan baru dalam semua aspek tampaknya boleh mengundang cabaran besar yang terpaksa dihadapi rakyat di waktu terdekat ini.

“Saya menyeru para perwakilan memanfaat semaksima mungkin ruang dan peluang bermuktamar ini untuk bermuhasabah, berintegrasi , bertukar idea dan pandangan serta membuat ‘audit prestasi’ gerak kerja PAS terutamanya selepas PRU Ke-14

“Walaubagimanapun, bagi PAS, apa pun keputusan PRU lepas ia adalah satu keputusan yang sah, perlu diterima dan dihormati dengan sikap yang positif,” ujarnya.

Beliau turut menzahirkan rasa syukur suasana ini tidak mencetuskan pertelingkahan berterusan seperti sesetengah negara.