Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Ulamak Sebarkan Fikrah Islam Kepada Masyarakat

Sebarkan Fikrah Islam Kepada Masyarakat

67
SHARE

Oleh: Atiqah Syakira

Indera Mahkota, 20 Jun – Ucaptama Dato’ Haji Mahfodz Mohamed ada menegaskan betapa pentingnya penerapan fikrah Islam yang perlu dimainkan peranankan oleh Dewan Ulamak bersama institusi-institusi pendidikan.

“Institusi-institusi pendidikan amat penting untuk terus dibangunkan. Dibawah Dewan Ulamak Pas Pusat sendiri adanya Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad(KUIZM) mesti dikembangkan lagi agar menjadi medan ilmu yang tidak hanya terkhusus untuk pelajar yang berdaftar tetapi dapat dimanfaatkan oleh masyarakat umum khususnya disekitar Lembah Klang.”

Beliau juga menegaskan bahawa undian yang diperoleh Pas dalam pilihanraya bukan didasari dengan semangat semata, namun ia datang dari kefahaman pengundi itu sendiri hasil pendidikan yang diperoleh.

“Dalam konteks kenegaraan, Pas tidak hanya sekadar merubah kuasa politik dengan undian rakyat atas dasar semangat tanpa kefahaman yang diterapkan.”

Tanpa sebarang pertikaian, kefahaman masyarakat terhadap Islam menjadi perjuangan Pas sejak dahulu, demikian juga ucapan Ketua Dewan Ulamak Pas.

“Perjuangan Pas adalah memberi kefahaman kepada rakyat mengenai Islam. Impian para ulamak Pas mahukan rakyat memahami kerangka pentadbiran Islam secara syumul dan bukannya dengan menolak sistem sekular kemudian memilih liberal.”

Beliau menegaskan aspek pendidikan amat penting namun aspek lain juga tidak ditinggalkan. Selari dengan konsep Islam syumul.