Home Muktamar PAS Ke 66 Dewan Pemuda Sektor Pendidikan Pemuda PAS Lancarkan Yayasan Pendidikan Ummah Sempena Muktamar

Sektor Pendidikan Pemuda PAS Lancarkan Yayasan Pendidikan Ummah Sempena Muktamar

775
SHARE

Alhamdulillah. Sempena Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Malaysia – DPPM Kali Ke-61 2020, Sektor Pendidikan telah melancarkan penubuhan Yayasan Pendidikan Ummah dengan objektif untuk menjaga kebajikan warga agensi pendidikan DPPM termasuk PASTI Malaysia, SRITI Malaysia dan SMITI Malaysia.

Sebagai gimik pelancaran, Ketua Sektor Pendidikan DPPM Muhtar Suhaili As-Sarawaki telah menyerahkan profail Yayasan Pendidikan Ummah kepada Ketua Pemuda PAS Malaysia Ir. Khairil Nizam Khirudin dengan disaksikan oleh Perasmi iaitu Timbalan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merangkap Menteri Alam Sekitar & Air Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man.

Replika Yayasan Pendidikan Ummah telah dibawa naik ke pentas oleh Murid PASTI, SRITI & SMITI dengan diiringi oleh Guru masing-masing. Turut bersama Ketua Pengarah PASTI Malaysia Ustaz Syarhan Humaizi Halim, Timbalan Ketua Pengarah SRITI Malaysia Ustaz Wan Abu Bakar Wan Mahussin dan Ketua Pengarah SMITI Malaysia Cikgu Hj Hassan Aladi Ahmad.

Jihad Pendidikan merupakan salah satu agenda penting jamaah Gerakan Islam Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Di peringkat Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), sayap penting jamaah ini telah diamanahkan untuk menjadi penaung kepada sistem Pendidikan seawal Pendidikan awal kanak-kanak melalui kewujudan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang ditubuhkan pada tahun 1984.

Bermula tahun 2015, DPPM mengambil langkah seterusnya dengan menggerakkan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) dan diikuti pada tahun 2019 dengan tertubuhnya jawatankuasa pelaksana Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMIT).

Sehingga kini terdapat 2,529 buah PASTI, 162 buah SRITI dan 5 buah SMITI di seluruh negara. Terdapat 142,000 orang murid PASTI, 15,000 orang murid SRITI dan 73 orang Pelajar SMITI yang dididik oleh 8,800 orang Guru PASTI, 1,500 Guru SRITI dan 18 orang Guru SMITI.

Untuk sesi kali ini, bagi memastikan pengurusan profesionalisme dan khususnya kebajikan warga PASTI, SRITI dan SMITI diambil perhatian sepenuhnya, Sektor Pendidikan mengambil langkah seterusnya dengan menubuhkan satu Yayasan Pendidikan. Idea penubuhan ini adalah inspirasi daripada Ketua Pemuda PAS Malaysia Ir. Hj. Khairil Nizam Khirudin dan melalui inisiatif halatuju Ketua Sektor Pendidikan Saudara Muhtar Suhaili dengan PASTI Malaysia menjadi agensi pelaksana ke arah penubuhan institusi penting ini.

Sektor Pendidikan mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat ke arah inisiatif penubuhan Yayasan Pendidikan Ummah. Semoga Allah memberkati dan meredhai usaha murni ini dalam mengangkat martabat Pendidikan Islam di Malaysia dan melahirkan Generasi Al-Qurโ€™an.

Allahu Akbar! Siiru โ€˜ala barakatillah! ๐Ÿ‘๐Ÿ’š๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Sumber:ย https://www.facebook.com/100009760117468/posts/1284043761930949/