Home Muktamar PAS Ke 66 Dewan Muslimat Selangor: Kebijaksanaan Pemimpin Perkasa Wanita

Selangor: Kebijaksanaan Pemimpin Perkasa Wanita

108
SHARE

Selangor: Kebijaksanaan Pemimpin Perkasa Wanita

Oleh: Rabiatul Adawiyah

KUALA LUMPUR: Memulakan pembentangan dengan Surah At-Taubah ayat 71, perwakilan Selangor, Puan Hamsatul Hamzah menarik perhatian para muktamirat dengan ayat yang memperincikan peranan lelaki dan wanita dalam Islam ke arah merealisasi misi wanita sejahtera dalam masyarakat.

Menyentuh mengenai urusan Hal Ehwal Agama, Parlimen dan Undang-Undang, beliau memetik perkataan Al-Qawwam yang wujud dalam Al-Quran mengenai kepimpinan lelaki yang sangat diperlukan dalam membimbing kesejahteraan masyarakat khususnya untuk wanita dan keluarga.

Dalam pada itu, Muslimat Selangor turut menyarankan agar agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri supaya menyemak kembali modul kursus pra-perkahwinan dan program-program lain yang berkaitan.

Katanya, peranan wanita juga dapat diperkasakan dengan kebijaksanaan pemimpin yang memahami erti tanggungjawab.

Ucapan beliau turut diselitkan dengan cadangan solusi dan idea memperkasakan wanita sejahtera seperti cadangan mewujudkan pusat-pusat aduan dan kaunseling khusus untuk wanita di masjid-masjid kerana institusi ini dekat dengan masyarakat sebagai pusat ilmu.

Kerjasama antara agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri juga disarankan.

“Kami juga mencadangkan agar diwujudkan undang-undang untuk anak memberi nafkah tetap kepada ibu bapa mereka seperti di Singapura,” ujar Puan Hamsatul.

Akta Rukun Negara juga perlu diwujudkan sebagaimana diutarakan oleh YB Dato’ Hussin Awang sebagai usaha pemerkasaan undang-undang.

Tambah beliau lagi, cadangan memperhalusi peraturan majlis mesyuarat Dewan Rakyat untuk menjamin etika dan tatasusila ahli Parlimen di Dewan Rakyat juga sangat diperlukan.

Selain itu, beliau menggesa agar isu kematian ahli bomba, Almarhum Adib dan juga isu siasatan serta pendakwaan terhadap salah guna kuasa bekas peguam negara dalam isu LTTE diselesaikan dengan baik.