Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Muslimat Selawat Spontan Ustazah Nuridah Hibur Pengunjung

Selawat Spontan Ustazah Nuridah Hibur Pengunjung

3
SHARE

Selawat Spontan Ustazah Nuridah Hibur Pengunjung

Oleh : Amirah Abdullah

KUALA TERENGGANU, 14 Sept – Persembahan selawat spontan daripada Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Ustazah Nuridah Mohd Salleh memukau pengunjung yang hadir pada majlis Muslimat Berselawat malam tadi.

Pengunjung dan seisi dewan teruja dengan persembahan beliau kerana tidak menyangka bahawa beliau menerima jemputan spontan pengacara majlis untuk ke pentas.

Majlis Muslimat berselawat ini diadakan pada malam hari selepas selesainya Muktamar Tahunan DMPM kali ke 58 di dewan yang sama.

Majlis ini bagi meraikan minat wanita untuk berhibur namun patuh syariah sekaligus menghargai kebolehan wanita muslimah dalam seni nasyid.

Selain itu, Muslimat Berselawat ini hanya khas kepada pengunjung wanita dan lelaki tidak dibenarkan sama sekali untuk masuk ke dewan bagi menyaksikannya.