Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Muslimat Sembilan Produk DMPM Penanda Aras Gerakerja Muslimat

Sembilan Produk DMPM Penanda Aras Gerakerja Muslimat

110
SHARE

Sembilan Produk DMPM Penanda Aras Gerakerja Muslimat

Oleh: Asmaa Yusof

KUANTAN, 15 Jun – Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh menegaskan bahawa organisasi yang tersusun dan berstrategi sepatutnya menjadikan hala tuju Muslimat lebih terarah dan berkesan.

“Kita telah mengeluarkan Pelan Tindakan DMPM hasil bengkel perancangan strategik bagi memastikan keselarasan kerja (wehdatul amal) di semua peringkat.”

“Saya mengharapkan pelan tindakan ini benar-benar dapat memandu perancangan dan pelaksanaan gerakerja di samping bermuhasabah, menilai sejauh mana ianya selari dengan agenda mewajahkan Islam sebagai solusi.”

“Budaya berprogram tanpa melihat kepada keperluan dan konteks semasa tidak lagi relevan dalam gerak kerja semasa,” kata beliau.

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh turut menambah, sehingga hari ini, DMPM sudah memiliki sembilan (9) produk sebagai penanda aras gerakerja Muslimat ‘AKIFI; iaitu Gelombang ‘AKIFI (GA), Ameerah, Nusaibah, Briged Muslimat, Akademi Pengajian Saidatina Aisyah (APSA), Muslimat Legal Team (MUSLET), Skuad Prihatin, Muslimat Medik Team (MusMedik), Taman Asuhan Tunas Insan (TASTI) dan Kor Munajat ‘AKIFI.

Jelasnya, produk tersebut masing-masing berfungsi untuk mejayakan visi dan misi DMPM.

Namun demikian, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh menyatakan pihak DMPM masih belum boleh berbangga atau berpuas hati dengan penghasilan produk-produk tersebut.

Pesan beliau, semua pihak bertanggungjawab untuk memastikan setiap sendi Muslimat bergerak mengembangkan fungsi produk-produk tersebut.