Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Muslimat Seruan Perkukuh Organisasi, Mantapkan Jentera, Jadi Muslimat Akifi

Seruan Perkukuh Organisasi, Mantapkan Jentera, Jadi Muslimat Akifi

20
SHARE

Seruan Perkukuh Organisasi, Mantapkan Jentera, Jadi Muslimat Akifi

Oleh : ‘ Aisyaa Yamin

KUALA TERENGGANU, 14 Sept – Seruan untuk memperkukuhkan organisasi diharap mendapat sambutan baik oleh seluruh muslimat kawasan khususnya.

Demikian antara seruan bersemangat wakil Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Puan Norazlin Md Shamsuddin dalam usaha memperkukuh barisan muslimat dalam mendepani PRU seterusnya.

“Seruan perkukuh organisasi ini ditujukan kepada semua muslimat dan pihak DMPM dengan seriusnya akan memantau dan mengaudit dokumentasi di setiap negeri termasuklah kawasan-kawasan.”

Beliau dalam ucapannya mengajak seluruh perwakilan agar lebih teratur dalam pengurusan organisasi memandangkan adanya ‘rakan baru’ dan Muslimat Pas tanggungjawab untuk berdakwah kepada mereka.

Ulasnya ketika menjelaskan kedudukan wanita Umno sebagai mad’u untuk diberi kefahaman erti nilai hidup Islam yang sebenar.