Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Muslimat Sidang Media : Kerjasama PAS-UMNO bermusim?

Sidang Media : Kerjasama PAS-UMNO bermusim?

35
SHARE

Sidang Media:Kerjasama PAS-UMNO bermusim?

Oleh : Nadiah Saari

KUALA TERENGGANU, 14 Sept – Kerjasama PAS dengan UMNO dalam PRK lalu menimbulkan tanda tanya kepada orang ramai berkenaan hal tersebut.

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Ustazah Nuridah Mohd Salleh dalam sidang media yang diadakan telah menekankan bahawa kerjasama bersama UMNO ini adalah atas dasar kepentingan Islam semata-mata.

“Kerjasama ini insyaAllah bukan bermusim memandangkan ini adalah kerjasama untuk bertolong bantu dalam perkara kebajikan dan ketakwaan,” ujarnya di hadapan pengamal media.

Tambah beliau, dengan kerjasama ini maka rakyat yang akan mendapat kebaikan daripadanya memandangkan kerjasama ini merupakan ‘check and balance’ kepada kerajaan.

“Kerjasama ini bukanlah bererti PAS bergabung dengan UMNO, tetapi hanyalah kerjasama untuk membincangkan berkenaan dengan hal agama,” tegasnya menjawab persoalan yang diajukan.