Home Muktamar62 Artikel Siri Karya Emas al-Marhum Tuan Guru Harun Taib di Muktamar

Siri Karya Emas al-Marhum Tuan Guru Harun Taib di Muktamar

100
SHARE

 

KOTA BHARU: Muktamar Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang bermula hari ini dihiasi dengan pelbagai gerai pameran dan jualan yang terletak sekitar kawasan Pusat Tarbiah Islam Kelantan (PUTIK), termasuk gerai jualan buku DUPP Publications.

Pelbagai terbitan bermutu DUPP Publications menanti untuk dimiliki oleh para pengunjung ke Muktamar Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kali ke-62 yang bermula pagi tadi.

Di samping itu, hadiah menarik turut disediakan untuk pengunjung yang dapat menjawab soalan kuiz dengan betul.

Terbitan terhangat yang dilancarkan baru-baru ini antaranya ialah siri karangan al-Marhum Tuan Guru Dato’ Haji Harun Taib yang terdiri daripada tiga buah buku bertajuk “Kuasa Perundangan Islam”, “Kuasa Pemerintahan Islam”, serta “Jamaah Islam Menuju Wehdatul Ummah”.

Gerai DUPP Publication yang dikelola oleh Dewan Ulama’ PAS Malaysia telah turut menerima kunjungan Presiden PAS serta pimpinan lain sesudah majlis perasmian Muktamar tengahari tadi.