Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Muslimat Sistem E-Voting Bukti Muslimat Celik ICT

Sistem E-Voting Bukti Muslimat Celik ICT

160
SHARE

Sistem E-Voting Bukti Muslimat Celik ICT

Oleh: Asmaa Yusof

KUANTAN, 15 Jun – Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) kali ini melaksanakan pengundian dalam talian (e-voting), seiring perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Dr. Mohd Fuad Mohd Salleh tampil memberi taklimat sebelum proses undian bermula.

E-voting telah dilaksanakan pada Muktamar PAS Pusat tahun lalu, dan pertama kali diaplikasi di Muktamar DMPM kali ini.

Sesi pengundian bagi pemilihan jawatankuasa Dewan Muslimat PAS berjalan serentak dengan sidang muktamar dan keputusannya dijangka diumumkan sekitar jam 8.30 malam ini.