Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Muslimat Sokong Produk Keluaran Muslim

Sokong Produk Keluaran Muslim

121
SHARE

Sokong Produk Keluaran Muslim

Oleh: Nadiah Saari

KUANTAN, 15 Jun – Perwakilan Dewan Muslimat PAS Kedah, Azlina Azinan telah menegaskan dalam ucapan penggulungannya berkaitan dengan ekonomi dan kewangan untuk memberi sokongan penuh terhadap produk keluaran Muslim.

Beliau menyatakan dengan sokongan yang padu terhadap produk muslim, maka ia secara tidak langsung dapat membantu menaikkan ekonomi umat Islam.

“Bila bercakap mengenai ekonomi, kita tidak boleh lari dari bercakap mengenai pembangunan keusahawanan.

“Dan akhirnya kita ingin lihat ramainya Abdul Rahman bin Auf dan Saidatina Khadijah, iaitu mereka yang berjaya dalam perniagaan supaya mereka mereka terus menjadi ikon yang beriman dan bertakwa,” terang beliau dengan lebih mendalam.

Dalam pada itu beliau juga memberitahu bahawa sebelum ini PAS sudah menyediakan penyelesaian kepada ekonomi seperti WINS dan Dokumen Hijau, namun ia tenggelam dek ditutupi oleh tawaran pihak lain yang hanya sekadar untuk menang dalam pilihanraya.

“Negara kita negaranya subur, sumbernya banyak, seharusnya semua ini dapat menambah baik kehidupan rakyat.

“Kita tidak seharusnya bergantung kepada eksport komoditi semata-mata, di mana kebergantungan ini menjadikan kita rapuh di pasaran antarabangsa, ” ucap beliau.

Beliau turut menambah lagi, Malaysia memerlukan kerajaan yang mampu untuk membawa Malaysia ke arah yang lebih maju dalam mentadbir urus sumber pasaran dan mengamalkan konsep ekonomi Islam yang lebih baik.