Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Ulamak Suasana Sedih Selubungi Anugerah Istiqamah Al Marhum Ustaz Wan Rasyidi

Suasana Sedih Selubungi Anugerah Istiqamah Al Marhum Ustaz Wan Rasyidi

77
SHARE

Indera Mahkota, 20 Jun – Pengakhiran muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat diselebungi suasana sedih mengenangkan pemergian Al Marhum Ustaz Wan Ahmad Rasyidi Wan Othman pada 12 Jun lalu.

Dewan Ulamak PAS Pusat menganugerahkan Anugerah Istiqomah kepada Al Marhum Ustaz Wan Ahmad Rasyidi kerana sumbangan beliau terhadap parti terutamanya Dewan Ulamak PAS.

Al Marhum Ustaz Wan Ahmad Rasyidi bersama Dewan Ulamak PAS sejak tahun 2005 dengan menjawat jawatan Setiausaha Lajnah Perkaderan Pelapis Ulamak dan seterusnya menjadi Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat sejak tahun 2017 sehingga nafasnya yang terakhir.