Home Muktamar62 Artikel Taatilah Pemimpin, Adab Dalam Jemaah – YB Dato’ Mohd Amar Haji Abdullah

Taatilah Pemimpin, Adab Dalam Jemaah – YB Dato’ Mohd Amar Haji Abdullah

118
SHARE

 

KOTA BHARU  – “Kepatuhan kepada pimpinan adalah penting walaupun ia diperlekehkan oleh ramai orang.” ujar Naib Presiden PAS, YB Dato’ Mohd Amar Haji Abdullah di dalam Majlis Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) yang sedang berlangsung di Dewan Jubli Perak MPKB Kota Bharu.

Naib Presiden PAS selaku perasmi majlis tersebut turut mengingatkan ahli, agar mengikut saluran yang betul sekiranya ingin menegur pimpinan. Beliau tidak setuju dengan tindakan sesetengah orang yang berlawan dengan pimpinan, merajuk atau keluar jemaah.

“ Pimpinan bukan maksum. Banyak kelemahan. Selagi keputusan yang pimpinan ambil tidak bercanggah dengan syarak, maka kita selaku ahli kena taat. Kesilapan membaca suasana bukan salah pimpinan, ia adalah kelemahan manusia yang tidak maksum”.

“Islam telah ajar cara menegur pemimpin. Kita boleh lihat caranya dalam praktikal solat yang kita amalkan setiap hari. Bukan merajuk dan keluar solat”.

Selain itu, beliau turut berpesan kepada para perwakilan muslimat agar menjaga disiplin dalam parti. Tidak mudah melatah dengan mendedahkan rahsia jemaah di laman sosial tanpa sempadan.

“Jemaah ini macam rumahtangga. Adalah tidak wajar kita mendedahkan rahsia rumahtangga di kedai kopi. Begitu jugalah, sangat tidak wajar kalau kita dedahkan rahsia jemaah dalam laman sosial terutama facebook”

YB Dato’ Mohd Amar juga melancarkan projek UMRAH TARBAWI yang mana projek ini adalah anjuran Lajnah Ekonomi Dewan Muslimat PAS Malaysia.