Home Muktamar62 Artikel Taawun dalam kebaikan dan menolak kejahatan

Taawun dalam kebaikan dan menolak kejahatan

228
SHARE

KOTA BHARU: PAS merupakan sebuah parti yang melaksanakan tiga elemen iaitu dakwah, tarbiyah dan siasah, yang telah dilaksanakan oleh PAS hingga dikenali oleh masyarakat.

Demikian ditegaskan oleh perwakilan Perak, Ustaz Fairuz Hafiz.

“Dakwah yang diamalkan PAS telah dibina atas rasa kasih sayang. Kerja dakwah yang dibawa oleh PAS merupakan kerja besar yang perlu dilaksanakan secara bekerjasama bukan bersendirian,” katanya.

Menurut Fairuz, budaya masyarakat yang diamalkan oleh PAS telah memberi impak besar kepada parti itu sehingga dikenali rakyat Malaysia.

“Budaya memasyarakatkan PAS bermula tahun 1990 menyebabkan PAS dikenali ramai.”

“PAS mengamalkan kerjasama selagi ia bertepatan dengan syariah Islam. Taawun yang parti ini budayakan adalah berteraskan kebaikan. Prinsip perjuangan parti, sempadan dan jalan PAS adalah Islam,” tambah beliau semasa membahaskan ucapan dasar Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Muktamar PAS kali ke-62 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK).

Perwakilan dari Perak ini turut memberi beberapa contoh kerjasama PAS dengan pelbagai parti di Malaysia.

“Kerjasama kita dengan CCC telah menyebabkan masyarakat Cina mengenal PAS. Kita bekerjasama dengan DAP, tapi tindakan mereka mengacau prinsip parti menyebabkan kita terpaksa berbalah,” katanya lagi.

“Ini kerana kita lebih mengutamakan konsep taawun berlandaskan syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.”