Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Ulamak Taawun PAS UMNO Perkasa Kesatuan Ummah dan  Perkukuh Suara Semak dan Imbang

Taawun PAS UMNO Perkasa Kesatuan Ummah dan  Perkukuh Suara Semak dan Imbang

72
SHARE

Oleh : Aisyaa Yasmin

Indera Mahkota,20 Jun- Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menerusi ketuanya, Dato’ Mahfodz Mohamad menyatakan pendirian Ulamak berhubung kerjasama (taawun) antara PAS dan Umno di sini,hari ini.

Menerusi ucaptama, beliau menyifatkan kerjasama ini sebagai salah satu cara memperkasa Islam untuk menguatkan lagi suara semak dan imbang.

“Pendekatan yang diambil pihak pembangkan adalah untuk menguatkan suara semak dan imbang ‘check and balance’ dalam siri pilihan raya – pilihan raya kecil.”

Jelasnya lagi,taawun ini dapat dilihat  pada penamaan calon lepas yang mana tidak ada pertembungan calon antara dua parti ini

“Pertembungan antara dua pihak pembangkang hanya akan merugikan dengan berlakunya perpecahan undi  dalam kalanagan Melayu Islam khususnya.”

Mengulas lebih lanjut, katanya kerjasama melibatkan gabungan undi ini juga mewujudkan kekuatan kesatuan suara daripada kaum teras iaitu  Melayu khususnya di samping meneroka lapangan yang membabitkan suara non-muslim juga.

DUPP menjadi sayap ketiga parti melangsungkan persidangannya di Wisma Belia di sini hari ini sebelum acara kemuncak Muktamar Tahunan PAS Ke-65 bermula esok.