Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Muslimat Ta’awun Siyasi Atas Kepentingan Ummah

Ta’awun Siyasi Atas Kepentingan Ummah

105
SHARE

Ta’awun Siyasi Atas Kepentingan Ummah

Oleh: Nadiah Saari

KUANTAN, 15 Jun – Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh dalam ucaptama beliau telah menegaskan mengenai konsep ta’awun siyasi yang telah digunapakai oleh PAS selepas PRU-14.

“Pendekatan solidariti pembangkang bersama UMNO dan Barisan Nasional serta mana-mana pihak yang bersedia menerima dasar perjuangan PAS.

Tuan Guru Presiden telah membentangkan konsep asas Ta’awun Siyasi dalam Liqa Fikri pada 24 Februari 2018 yang menjadi panduan jelas kepada kepimpinan parti di semua peringkat,” ujar beliau.

Beliau turut menambah, ta’awun siyasi yang dijalankan bersama UMNO dan Barisan Nasional itu perlu difahami oleh semua peringkat memandangkan ia usaha yang mampu memperkasakan lagi agenda penyatuan ummah.

“Usaha-usaha penyatuan ummah ini adalah agenda besar yang memerlukan kerjasama semua peringkat parti. Hubungan baik hasil muafakat PAS dan UMNO haruslah dirancang dengan penuh teliti supaya agenda Al-Qur’an dan As-Sunnah dapat dikongsi bersama.

Meyakinkan dan mengajak ahli UMNO khususnya wanita, selain daripada menghadiri program-program untuk merapatkan ukhuwah, adalah lebih afdal mencapai dan memberi keutamaan atas cita-cita pelaksanaan dan penghayatan Islam,” terang beliau kepada para muktamirat yang hadir.

Beliau juga menekankan bahawa jalinan yang ditautkan itu bersandarkan kepada konteks Addin Nasihah yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW dalam kemaslahatan berkaitan ummah.