Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Muslimat Tambah Ilmu, Aplikasi Islam Dalam Kehidupan

Tambah Ilmu, Aplikasi Islam Dalam Kehidupan

94
SHARE

Tambah Ilmu, Aplikasi Islam Dalam Kehidupan

Oleh: Asmaa Yusof

KUANTAN, 15 Jun – PAS konsisten menolak perlaksanaan ekonomi yang menindas orang miskin dan terpesong dari ajaran Islam.

Justeru, PAS telah mengetengahkan pelbagai inisiatif bagi memastikan sistem Islam diaplikasikan dalam setiap aspek termasuk ekonomi.

Demikian hurai anak muda selaku Perwakilan Wilayah Persekutuan, Saudari Najwa Hidayah Amir.

Menurut beliau, ekonomi Islam menggariskan harta tidak boleh berlegar dalam kalangan orang kaya sahaja.

Selain itu tambahnya, cukai juga tidak boleh diambil daripada perbelanjaan; GST dan SST.

“Saya menyeru semua Muslimat PAS memahami isu – isu ekonomi ini bagi memastikan sistem ekonomi menurut Islam terus diamalkan,” katanya.