Home Muktamar60 Artikel Tanam cita-cita untuk syahid

Tanam cita-cita untuk syahid

101
SHARE

Pemangku Ketua Dewan Ulama, Yang Amat Berhormat Ustaz Dato Haji Ahmad bin Yaacob menyeru seluruh perwakilan agar menanamkan rasa cinta dan bercita-cita untuk mati syahid bagi meraih kejayaan perjuangan Islam. Justeru beliau mengharapkan perwakilan agar menjadikan Gaza sebagai contoh.

“Umat Islam pada masa sekarang terus diuji dengan pelbagai ujian dan cabaran. Epilog kemenangan di Gaza perlu dihayati dengan hati dan jiwa yang kental dari aspek keberanian dalam perjuangan. Jiwa yang kuat dan hati yang kental mempunyai harapan yang tinggi terhadap janji Allah s.w.t.”

“Jika kita lihat para mujahidin berjuang di atas dasar keyakinan yang kuat kepada Allah bahawa Allah sahajalah yang layak memberi kekuatan dan berpaksikan Allah semata-mata. Mereka sentiasa mempersiapkan diri untuk menegakkan agama Islam seperti yang berlaku di Gaza, Syria dan lain-lain.”

“Namun, mereka juga mempercayai bahawa kekuatan itu disandarkan kepada Allah swt dan tidak pernah mengangkat kemampuan diri dalam usaha mengalahkan musuh.”

“Dengan itu, marilah kita sama-sama menanamkan sifat penuh rasa kecintaan kepada cita-cita mati syahid dengan pengetahuan yang benar tentang hakikat perjuangan dan sesebuah gerakan Islam utamanya.”