Home Muktamar61 Artikel Tanggungjawap PAS Beri Kefahaman Masyarakat Islam dan Bukan Islam

Tanggungjawap PAS Beri Kefahaman Masyarakat Islam dan Bukan Islam

136
SHARE

KUALA SELANGOR, 6 Jun – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang memulakan ucapan terima kasih kepada media atas liputan yang hangat. Melihat kepada konflik berlaku, ia menjadi perkara biasa apabila semua orang melihat kelemahan. Maka, kita hendaklah positif dan berjiwa besar dalam menghadapinya. Kebimbangan Presiden jika parti dipuji, ia akan menyebabkan PAS lupa diri.

Asas parti adalah Islam selaras dengan nama parti.PAS ditakdirkan berada dalam masyarakat majmuk dan PAS berhadapan dengan masalah umat Islam yang jahil menyebabkan Islam kelihatan dagang dan pelik. Juga masyarakat bukan Islam minoriti yang memerlukan kefahaman tentang Islam. Tanggungjawap PAS sangat besar dalam membentuk kembalik masyarakat yang jahil. Jangan sesekali ulangi sejarah pahit dimana semasa kita dijajah.

Tuan Guru juga menyentuh tentang zakat yang menjadi kewajipan untuk orang Islam dan cukai kepada bukan Islam. Zakat tidak boleh dimansuhkan kerana ia ibadah, sedangkan cukai boleh dimansuhkan.