Home Muktamar61 Artikel Tarbiah dan siasah Perlu Seiring

Tarbiah dan siasah Perlu Seiring

312
SHARE

KUALA SELANGOR, 5 Jun  – Usul ucapan terima kasih dimulai dengan ucapan perwakilan Negeri Selangor, Ustaz Shafie Ngah. Melalui ucapan tersebut, selangor menyokong perbahasan ucapan dasar presiden.

Ucapan beliau mengharapkan pimpinan baharu diberi harapan dan peluang. Manakala kepimpinan lama tidak dilupakan, malah dijulang. Beliau turut menyingkap perbahasan kelmarin dengan menyentug tentang jatuh bangun PAS sejak penubuhannya sehingga sekarang.

Munurut Ustaz Shafie lagi, PAS perlu menekankan tarbiah dan siasah dikalangan ahli partinya sebagai parti politik yang berdakwah. Ahli PAS perlu menerapkan kefahaman jelas akan halatuju PAS, siapa PAS dan tanggungjawabnya. Masyarakat melihat PAS sebagai parti berimej Islam dan perundangan Islam walaupun dahulu PAS pernah digelar parti yang tidak relevan.

Perwakilan Selangor ini mengharapkan pengurusan perlu dipertingkat dalam memberi keuntungan dakwag dan harak Negeri Selangor. Menurutnya, hasil daripada kesungguhan menjaga Selangor masyarakat dapat melihat kemeriahan majlis ilmu di serata negeri Selangor dibawah Pakatan Rakyat.

Di akhir ucapan, beliau menegaskan ahli supaya berhikmah dalam berdakwah, mengenepikan persengketaan sesama rakan Pakatan rakyat dan terus fokus bekerja.