Home Muktamar62 Artikel Tarikh tutup pertandingan cipta logo Muktamar PAS ke-62 dipercepatkan

Tarikh tutup pertandingan cipta logo Muktamar PAS ke-62 dipercepatkan

133
SHARE

Bagi memeriahkan dan memasyarakatkan Muktamar Parti Islam SeMalaysia (PAS) ke62 akan datang ini, satu pertandingan cipta logo telah bermula sejak 2 minggu lepas, 29 Mac selama sebulan.

Tarikh tutup pertandingan mencipta logo akan dipercepatkan seminggu lebih awal yang sepatutnya berakhir pada 29 April, 2016 nanti. Pemakluman perkara ini telah di dihebahkan dalam radio internet hijau.fm dan laman web rasmi, http://www.pas.org.myserta disebarkan dalam media sosial facebook, whatsapp dan sebagainya.

“Jawatankuasa penganjur memutuskan untuk mempercepatkan tarikh tutup pertandingan seminggu lebih awal kepada tarikh 22hb April, 2016 dan menjadikan pertandingan kali ini selama tiga (3) minggu sahaja, yakni satu (1) minggu lebih lama berbanding dengan pertandingan pada Muktamar ke-59 pada 2013 dahulu selama 2 minggu sahaja” kata Shuhaimi Embong, Pengarah Jabatan IT PAS.   

Beliau yang juga Pengarah Pertandingan mencipta Logo Muktamar PAS ke-62 berharap peserta-peserta yang pernah menyertai program ini pada Muktamar ke59 pada tahun 2013 dahulu dapat kembali menyertai semula pada kali ini.

“Peserta boleh menghantar penyertaan masih mempunyai seminggu lagi sebelum tarikh tutup dan borang penyertaan boleh dimuat turun  dari laman sesawang rasmi PAS,  http://www.pas.org.my  atau terus kehttp://www.pas.org.my/logomuktamar62 dan logo boleh dihantar mulai sekarang berserta dengan borang penyertaan tersebut kepada emel, Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.”>[email protected] dalam tempoh berbaki seminggu lagi,” kata Shuhaimi.

Untuk makluman semua,  Muktamar PAS ke62 diadakan selama 3 hari bermula 2 – 4 Jun, 2016 di Kota Bharu, Kelantan dengan  dimulakan dengan Muktamar dewan-dewan satu atau dua hari lebih awal.