Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Muslimat TASTI Mercu Tanda Komitmen Muslimat PAS

TASTI Mercu Tanda Komitmen Muslimat PAS

124
SHARE

TASTI Mercu Tanda Komitmen Muslimat PAS

Oleh: Asmaa Yusof

KUANTAN, 15 Jun – “Saya ucapkan syabas kepada Lajnah Pembangunan Keluarga dan Wanita DMPM kerana telah berjaya menyebarluaskan TASTI di seluruh Malaysia yang telah mencecah sebanyak 21 buah,” demikian ucap YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh menerusi Ucaptama Ketua Muslimat sempena Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas Malaysia (DMPM) ke-59.

Memetik ucapan sama, beliau berkata usaha penubuhan TASTI tidak boleh terhenti dengan bilangan itu sahaja.

Ulas beliau, keperluan pusat penjagaan anak-anak pra-sekolah terutama yang memberikan khidmat pendidikan yang berteraskan Islam adalah sangat mendesak sekali.

“Di samping memastikan setiap negeri membuka TASTI, kita boleh memanfaatkan tenaga muda dengan memberi latihan sebagai pengusaha atau pengasuh TASTI agar terdedah dengan ilmu kekeluargaan menurut Islam.”

“Pada masa yang sama dapat membimbing mereka menjana ekonomi.”

“Kita juga sewajarnya melebarkan kerjasama dengan Dewan Pemuda menerusi strategi satu TASTI, satu PASTI dan satu SRITI.”

“Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) dan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) telah menterjemahkan pendekatan muwajahah silmiyyah PAS yang membuka banyak peluang dan ruang menarik untuk orang ramai mengenali PAS terutamanya selepas PRU ke-14,” tambah beliau.

Selain itu, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh menjelaskan pendekatan yang mengutamakan perdamaian dan melebarkan kesejahteraan kepada rakyat itu sangat dekat dengan jiwa wanita.