Home Muktamar62 Artikel TASTI Sistem Pendidikan Awal Kanak-Kanak Malaysia

TASTI Sistem Pendidikan Awal Kanak-Kanak Malaysia

184
SHARE

 

KOTA BHARU- Sempena Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat kali ke 56 di Dewan Jubli Perak Kota Bharu, Taman Asuhan Tunas Islam (TASTI) telah dilancarkan.

TASTI merupakan cetusan idea Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) di bawah Lajnah Pembangunan Keluarga. Ia bakal menempatkan bayi berusia 2 bulan sehingga 3 tahun. Mereka akan diajar dan dididik dengan sistem yang mengikut acuan Islam yang sempurna. Antara silibus TASTI, penerapan asmaul husna sebagai kaedah memperkenal anak asuhan dengan makrifatullah turut dilaksanakan.

DMPM sangat optimis TASTI mampu berjaya sebagaimana institusi pendidikan yang telah wujud dalam PAS seperti PASTI, SRITI dan SMITI. Kini, TASTI hadir untuk melengkapkan rangkaian sistem pendidikan yang ditawarkan dalam PAS.

Di samping itu,logo TASTI ciptaan Puan Aida Rahayu Mohd Badri telah dipilih sebagai pemenang bagi pertandingan mencipta logo TASTI anjuran DMPM pada bulan April yang lepas.

Logo tersebut telah dipilih kerana memenuhi kriteria yang telah ditetapkan dan ia mampu menggambarkan Taman Asuhan bercirikan Islam.

Semoga TASTI bakal menjadi pilihan kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak bagi mendapatkan pendidikan dan pembelajaran yang terbaik buat anak-anak serta memberikan impak besar kepada dunia pendidikan kini.

Tahniah serta syabas kepada semua yang terlibat dalam penubuhan TASTI sama ada secara langsung atau secara tidak langsung. Semoga segala usaha dan jasa bakti akan diberikan ganjaran berpanjangan daripada Allah SWT.