Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Pemuda Taujihat daripada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hashim Jasin.

Taujihat daripada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hashim Jasin.

2
SHARE

Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia kali Ke 59 | 14 September 2018 | Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu.

1. Majlis Syura Ulamak PAS baru bermesyuarat dua malam lalu. Berbincang tentang isu PAS berbaik² dengan Umno.

2. ‎Ahli syura telah sekata dan sependapat tentang tindakan politik yang diambil oleh PAS mutakhir ini kerana ia hanya terkait dengan perkara mutaghaiyyirat bukan tsawabit.

3. ‎Ahli PAS perlu bezakan yang mana perkara mutaghaiyirat dan yang mana perkara tsawabit.

4. ‎Isu sebat di khalayak ramai adalah perkara tsawabit. Tapi dipertikai oleh ramai orang. Tun M tu biasa kalau dia pertikai. Hairannya DSAI bekas Presiden Abim pun pertikai, Menteri Agama pun pertikai.

5. ‎Sekarang musuh utama kita siapa?

6. ‎Ada dua ekor anjing bergaduh kerana rebut seketul tulang. Tiba² ada datang seekor serigala memerhati mereka. Kedua² anjing berhenti rebut tulang dan mengejar serigala bersama.

7. Ini anjing pun tahu siapa musuh utama mereka? Kita bagaimana?

8. Hari ini umat Islam Melayu pecah kepada 5 parti iaitu PAS, Umno, Ppbm, Pkr dan Pan. Tapi kaum lain parti makin lama makin sikit dan akhirnya tinggal satu parti yang kuat iaitu Dap.

9. ‎Jadi kita perlu fokus kepada musuh utama kita.

10. ‎Orang muda, perlu fokus kepada media sosial. Gembling tenaga, gunakan media sosial untuk kebaikan parti.

11. ‎Akhirnya, berilah wala’ kepada pimpinan. Wala’ bererti nusrah, ikram, mahabbah dalam jamaah. Perkara² ini sangat perlu dalam jamaah yang kita dukung ini.