Home Muktamar62 Artikel “Taut Hati Pengundi Mengikut Isu Mereka” – Naib Presiden PAS

“Taut Hati Pengundi Mengikut Isu Mereka” – Naib Presiden PAS

161
SHARE

KOTA BHARU – Dalam sesi pergulungan sidang Muktamar Tahunan PAS kali ke-62, YB Dato’ Mohd Amar bin Abdullah, Naib Presiden PAS, mengingatkan anggota parti supaya bijak membaca isu yang dekat dengan rakyat. Ia adalah salah satu cara bagi memenangi hati pengundi sebagai persiapan pilihanraya umum (PRU) yang akan datang.

“Kita perlu kenali isu yang dekat dengan hati pengundi. Perlu lihat tahap sosioekonomi dan pemikiran mereka. Barulah kita boleh perhalusi cara pendekatan yang terbaik untuk mendekati pengundi. Kita juga perlu ada kebijaksanaan dalam pendekatan tersebut”.

“Kita kena fleksibel cara pendekatan mengikut tahap pemikiran rakyat setempat. Semenanjung berbeza dengan Sabah dan Sarawak. Kawasan bandar berbeza dengan kampong. Orang berpelajaran juga berbeza dengan orang yang tidak berpelajaran. Bahan yang dibawa dan pendekatan yang dibuat juga harus berbeza”.

Beliau juga turut menyeru supaya semua peringkat parti memperkemas organisasi agar mampu turun menghadapi PRU dengan memiliki persiapan yang sempurna.

“Saya menyeru supaya kita perkemas organisasi di semua peringkat untuk hadapi PRU yang amat mencabar sebab kita seolah-olah bersendirian. Maka, kita perlu bekerja bersungguh-sungguh supaya kita turun untuk PRU nanti dengan persiapan yang sempurna”.

Pada setiap pilihanraya, PAS akan turun kepada rakyat dengan aqidah perjuangan dan isu semasa dalam yang dekat dengan masyarakat.