Home Muktamar PAS Ke 64 Tema ‘Islam Memimpin’ Diangkat Muktamar Tahunan PAS kali Ke 64

Tema ‘Islam Memimpin’ Diangkat Muktamar Tahunan PAS kali Ke 64

195
SHARE

Oleh : ‘Aisyaa Yamin

KUALA TERENGGANU, 15 Sept – Tema ‘Islam Memimpin’ diangkat pada Muktamar Tahunan PAS kali ke 64 bagi menegaskan betapa pentingnya setiap pendokong PAS untuk terus menerajui agenda penyelesaian Islam terutamanya, dalam membentuk suasana politik baharu dan mencorak masa depan negara, melalui pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS).

Demikian tegas Presiden PAS sambil menyatakan masyarakat kini semakin tenat dengan ideology yang pelbagai.

“Kita menyaksikan hari ini kegagalan ideologi ciptaan manusia terhadap masalah negara dan rakyat.

“ kegagalan kerajaan yang memerintah hari ini selepas meneruskan dasar warisan penjajah menjadi bukti nyata untuk beralih kepada penyelesaian Islam

“PAS menghormati keputusan rakyat dan bersama dengan semua pihak untuk membentuk budaya politik baharu dengan hikmah, bagi membetulkan apa yang salah dan menambah baik apa yang betul.

“PAS akan tetap istiqomah dengan petunjuk Allah dalam menjaga hubungan dengan semua pihak justeru, mengangakat tema ‘ Islam Memimpin’ sempena muktamar kali ini,” katanya.