Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Ulamak Tema Muktamar DUPP: Ulamak Memimpin Penyelesaian Islam

Tema Muktamar DUPP: Ulamak Memimpin Penyelesaian Islam

102
SHARE

Oleh: Asyraf Hanif

Indera Mahkota, 20 Jun – Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengangkat “Ulamak Memimpin Penyelesaian Islam” sebagai tema muktamarnya tahun ini.

Menurut Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Dr. Haji Mahfodz Mohamed, tema kali ini diangkat bagi memfokuskan peranan Ulamak untuk memimpin isu-isu yang melanda umat Islam.

“Dalam isu-isu yang melanda, peranan para Ulamak memimpin jalan penyelesaian kepada umat amat ditagih dan sangat penting.” Katanya.

“Sewajarnya tema kali ini mengangkat dan memfokuskan bagaimana peranan para Ulamak dapat dikehadapankan lagi dan lebih dikomersialkan dalam konteks suasana semasa pada hari ini.