Home Muktamar PAS Ke 65 Tema muktamar letak Islam di posisi betul

Tema muktamar letak Islam di posisi betul

3
SHARE

Oleh: ASLANI M

KUANTAN: PAS Sabah yakin tema muktamar pada kali ini ‘Islam Memimpin Perpaduan’ meletakkan Islam di posisi yang betul ketika ada pihak sedangkan berusaha untuk memporakperandakan keutuhan ummah.

Wakilnya Ramli Fakaruddin dari Sabah berkata, pihaknya amat bersetuju dengan tema muktamar PAS pada muktamar kali ini bagi memimpin perpaduan untuk menghapus dogma-dogma lain.

Katanya, usaha itu diangap selaras dengan gerak kerja bagi menyatupadukan fikrah geopolitik sekarang bagi mendaulatkan kedudukan agama Islam.

“Kami menyokong tema tersebut bagi demi kestabilan geopolitik dunia. Oleh itu kita perlu memperkukuh saf dan jemaah dan menanam keyakinan tinggi kepada agama,” katanya ketika membahas ucapan dasar presiden pada Muktamar Tahunan PAS Ke-65 di Stadium Tertutup SUKPA di sini pagi ini.

Oleh itu, beliau berharap usaha itu berjaya direalisasikan di Sabah, Malaysia dan di rantau ini. – HARAKAHDAILY 22/6/2019