Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Muslimat Terima Kasih Briged Muslimat & MusMedik, Baktimu Dikenang

Terima Kasih Briged Muslimat & MusMedik, Baktimu Dikenang

3
SHARE

Terima Kasih Briged Muslimat & MusMedik, Baktimu Dikenang

Oleh : simpleshida

KUALA TERENGGANU, 14 Sept – Setinggi penghargaan dikalungkan kepada para petugas di semua peringkat sama ada dari Dewan Negeri, kawasan, individu dan mereka yang terlibat secara tidak langsung.

Buat seluruh saff tuan rumah Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu dan Dewan Muslimat PAS Kawasan – Kawasan, syabas dan tahniah untuk segala pengorbanan dan penat lelah yang tidak terhingga dari awal mesyuarat hinggalah ke penghujung muktamar ini nanti.

Buat petugas bahagian keselamatan khususnya Briged Muslimat Malaysia, sungguh Muslimat PAS ini bukan calang – calang hebatnya, serikandi mujahidah ini wala’ pada arahan dan komited berada di posisi masing-masing dan sentiasa menghulurkan bantuan ‘on call’ bila diseru.

Pasukan Musmedik iaitu Pasukan Muslimat Medik, juga turut sama menyumbang tenaga dan bersiap sedia memberi bantuan kecemasan dan rawatan kepada perwakilan, pemerhati serta seluruh pengunjung muktamar ini. Kemahiran dan kepakaran masing-masing sedia disumbangkan untuk yang memerlukan. Tahniah buat pasukan perubatan ini.

Menariknya, Briged Muslimat Malaysia dan Pasukan Musmedik berganding bahu dalam misi keselamatan dan kecemasan bagi menyempurnakan muktamar kali ini. Keberadaan dan kesanggupan dua pasukan utama ini tidak dapat dinafikan.

Semoga bakti dan sumbangan seluruh peringkat muslimat yang terlibat ini dinilai dan dipandang mulia di sisi Allah SWT. Hanya Allah SWT yang mampu membalas jasa semua dengan cara dan masa yang hanya diketahui olehNya.