Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Muslimat Terima Kasih; Jasamu Dihargai

Terima Kasih; Jasamu Dihargai

149
SHARE

Terima Kasih; Jasamu Dihargai

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Saya selaku Pengarah Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia(DMPM) kali ke-59 merafakkan setinggi keyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan inayah dan keizinannya Majlis Muktamar DMPM kali ke-59 dengan tema, `Islam Memimpin, Wanita Sejahtera┬┤ dapat berlangsung dengan jayanya.

Program ini dapat berjalan dengan sempurna hasil gabungan kekuatan, kerjasama dan pengorbanan daripada seluruh pasukan Muslimat yang terlibat.

Oleh itu, saya mengucapkan jutaan tahniah dan setinggi penghargaan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini terutamanya khas untuk para perwakilan yang sanggup datang dari negeri masing-masing termasuk Sabah dan Sarawak.

Tidak dilupakan jutaan terima kasih kepada para pemerhati yang sudi hadir menyaksikan sesi muktamar kali ini.

Seterusnya setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih buat tulang belakang muktamar kali ini iaitu seluruh ahli jawatankuasa program tenaga kerja yang bertungkus-lumus merancang dan mengendalikan majlis ini sebelum semasa dan selepas program sehingga muktamar kali ini berakhir semalam. Semuanya daripada anda amat penting.

Saya akhiri ucapan penghargaan ini dengan mafhum ayat daripada surah As-Saff untuk sama-sama kita hayati :
“Sesunguhnya Allah mencintai orang-orang yang berjuang untuk membela agama-Nya dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.”
(As-Saff : 4)

DR NURUL HANI ALI
Mantan Setiausaha /
Pengarah Muktamar