Home Muktamar PAS Ke 66 Dewan Muslimat Teruskan Bersemangat Menuntut Ilmu Sebagai Aspirasi Kemenangan Muslimat

Teruskan Bersemangat Menuntut Ilmu Sebagai Aspirasi Kemenangan Muslimat

46
SHARE

Teruskan Bersemangat Menuntut Ilmu Sebagai Aspirasi Kemenangan Muslimat

Oleh: Asmaa Yusof

KUALA LUMPUR: Penekanan pendidikan dan pengajian tinggi menjadi intipati ucapan penangguhan perwakilan dari Melaka, Hazirah Isa.

Memulakan ucapan, beliau menjelaskan teras utama dalam perlembagaan negara yang perlu menjadi rujukan dasar pendidikan iaitu pertama, agama Islam sebagai agama persekutuan dan kedua, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

Justeru tegasnya, kerajaan sepatutnya perlu memansuhkan perlaksanaan sistem sekolah vernakular kerana ia tidak memupuk semangat perpaduan.

“Kerajaan sepatutnya harus komited kepada agenda memperkasakan sekolah kebangsaan.

“Dewan Muslimat PAS pula sepatutnya konsisten dalam mempertahankan pendirian ini.

“Kita tidak mahu apabila kita terlibat dengan Perikatan Nasional, kita dilihat tunduk kepada isu ini dan membenarkan sekolah vernakular berleluasa di dalam negara kita.

“Walhal, sebelum menyertai kerajaan, kenyataan telah dikeluarkan yang kita tidak bersetuju,” kata beliau.

Memetik ucapan sama, Hazirah berkata amatlah perlu bagi Muslimat untuk menguasai ilmu Al Quran dan memperkasakan ilmu asas tadabur Al Quran.

Hal itu jelasnya kerana ilmu Al Quran dilihat tidak menjadi elemen yang penting kepada Muslimat hari ini.

“Muslimat ‘AKIFI yang diidamkan ialah Muslimat yang menitikberatkan carian ilmu lapangan yang disediakan.

“Akademi Pengajian Saidatina Aisyah (APSA) merupakan pendekatan yang harus dipuji kerana ia merupakan akademi yang berorientasikan pentarbiyahan,” ujarnya.

Justeru itu, beliau berkata Dewan Muslimat PAS Melaka mencadangkan mencadangkan agar APSA mendapat kelulusan MQA supaya sijil pengajiannya boleh digunakan mengikut saluran yang sesuai.

Selain itu tambah beliau, Muslimat juga perlu melahirkan tenaga pakar dalam pelbagai bidang.

Katanya, keberadaan Muslimat dalam kerajaan merupakan keseimbangan dalam pentadbiran negara.

Justeru jelas beliau, tenaga pakar mesti lahir dari Muslimat PAS agar kita mampu mengemudi dan mendominasi golongan wanita.