Home Muktamar PAS Ke 64 Tetamu Antarabangsa Ceriakan Muktamar PAS

Tetamu Antarabangsa Ceriakan Muktamar PAS

SHARE

Oleh: Asyraf Hanif

KUALA TERENGGANU, 15 Sept – Muktamar Tahunan PAS Pusat Kali Ke 64 menunjukkan suasana yang baru apabila dihadiri oleh tetamu dari dalam negara dan juga antarabangsa.

Antara tetamu yang hadir ke Muktamar PAS kali ini ialah Dato’ Seri Dr. Zahid Hamidi (Presiden UMNO), Dato’ Seri S. K. Devamany (Presiden MIC), Dato’ Seri Badri Rahman (Naib Presiden IKATAN), Dato’ Hashim Karim (Timbalan Presiden BERJASA), Datuk Huan Chen Guang (Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia) dan Dato’ Kumar (Presiden Parti Generasi Baru).

Manakala tetamu antarabangsa yang hadir pada kali ini antaranya Dr. Abdul Haman Abdul Rahman Jamal (HAMAS), Dr. Abu Ali Sufian dan Dr. Asmulyadi Lubis (PKS), Dr. Muhammad Nurul Amin (Bangladesh), Mister Muhammad Rafeeq (Jamiat Islami of Sri Lanka & Cerendib Foundation) dan Syeikh Idris Hamad Tajuk Hamid (Sudan).

Tetamu-tetamu dari NGO-NGO juga tidak melepaskan peluang untuk menghadiri muktamar kali ini antaranya Ustaz Ismail Mina (Presiden MUAFAKAT), Tuan Haji Zulkifli Wahidan (Muslim Care), Tuan Haji Jamaluddin Ilyas (Amal Malaysia), Ustaz Masridzi Sat (Presiden Perkid), IR Hamzah Abdul Rahman (Presiden PERAKAN), Ustaz Salahuddin Yaakob (Rabitah Al-Azhar), Dr. Muhammad Syakir (Majlis Dakwah Negara Pulau Pinang), Ustaz Zafran (Darul Syifa’), Dr. Kamizi dan Dr. Mujahid (PAPISMA), IR Rozi Salleh dan Ustaz Hasbullah (Pusat Dialisis Malaysia) dan rakan-rakan NGO yang lain.

Kehadiran tetamu-tetamu kehormat ini menunjukkan PAS bukan setakat mendapat sokongan dalam negara malah juga sokongan gerakan-gerakan Islam antarabangsa.