Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Muslimat Tolak Tomahan Tun M : Kononnya PAS Menang Kerana Pengundi Cari Jalan...

Tolak Tomahan Tun M : Kononnya PAS Menang Kerana Pengundi Cari Jalan Mudah

18
SHARE

Tolak Tomahan Tun M : Kononnya PAS Menang Kerana Pengundi Cari Jalan Mudah

Oleh : Aisyaa Yamin

KUALA TERENGGANU, 14 Sept – Kemenangan PAS di Kelantan dan Terengganu merupakan hikmah terbesar untuk PAS dalam usaha mengorak langkah yang lebih efektif di samping merangka pelan strategi yang lebih utuh bagi menghadapi PRU ke 15 akan datang.

“Kita semestinya bersedia untuk membuat anjakan paradigma terhadap suasana politik pasca PRU-14 dengan terbentuknya kerajaan pusat yang baru di Putrajaya.”

Demikian saranan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Ustazah Nuridah Salleh dalam ucaptama muktamar kali ini ketika mengulas berkenaan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dilihat agak kurang mendapat sokongan majoriti umat Melayu Islam tradisional yang menjadi akar umbi majoriti rakyat.

Hujah ini sekali gus menolak tomahan yang mengatakan kononnya PAS menang kerana pengundi mencari jalan mudah seperti mana yang dikatakan oleh Tun Mahathir menerusi Sinar Harian pada 10 September lalu.

Menurut Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu lagi, 90 peratus pengundi di Pantai Timur adalah Melayu yang mana tidak menyenangi parti campuran pelbagai kaum.

Walhal, PAS juga mendapat sokongan dari DHPP meliputi kaum India dan Cina.

Sebaliknya, Kerajaan PH pula dilihat tersepit dengan kebangkitan dan tuntutan daripada pimpinan bukan Islam mereka sendiri yang kadangkala seolah-olah ingin merubah janji setia pejuang – pejuang kemerdekaan terdahulu.