Home Muktamar62 Artikel Tubuh Dewan Ulamak Kawasan Satu Cabaran

Tubuh Dewan Ulamak Kawasan Satu Cabaran

82
SHARE

PASIR PUTIH, 1 Jun: Dalam Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat hari ini, para muktamirin yang hadir telah pun digesa untuk sentiasa mengambil beberapa perhatian apabila tertubuhnya Dewan Ulamak PAS peringkat kawasan.

Antara penekanan yang disuarakan oleh Ustaz Mohd Wahid, perwakilan Ulamak PAS Johor, termasuklah agar sentiasa mengumpulkan tenaga-tenaga ulamak di kalangan asatizah.

Beliau berkata lagi, program di peringkat kawasan akan menjadi banyak. Maka, perlu penyelerasan program agar tidak bertembung.

Saranan beliau lagi, anak-anak pemimpin sendiri mesti dijadikan ahli Dewan Ulamak apabila mencukupi syarat dan dengan adanya institusi pendidikan, melahirkan tenaga yang faham agama, maka dari sini sumbernya sudah ada.