Home Muktamar62 Artikel Tujuh Ciri Ulamak Pemimpin Perubahan

Tujuh Ciri Ulamak Pemimpin Perubahan

68
SHARE

PASIR PUTIH, 01 Jun: Secara lebih spesifik, menyedari besarnya tentangan untuk memimpin perubahan, Dato’ Dr Mahfodz Mohamed menyeru para Ulamak Haraki agar menghiasi diri dengan tujuh ciri berikut :

1 – Taqwa

Ulamak Haraki perlulah menjadi individu yang paling bertaqwa dan paling bertaqarrub kepada Allah di kalangan ahli-ahli PAS.

2 – Faqih

Ulamak Haraki perlulah benar-benar mendalami segala cabang ilmu Islam agar mampu memandu perjalanan PAS sebagai sebuah parti dan jemaah yang berkesan memberikan penyelesaian Islam.

3 – Amanah

Ulamak Haraki perlulah amanah pada ilmu, pada kata-kata dan pendekatannya. Ulamak Haraki hendaklah benar-benar menjadi orang yang paling takutkan akan Allah dan melaksanakan tanggungjawab seperti dikehendaki oleh Allah.

4 – Mujahid

Ulamak Haraki perlulah menjadi kepala medan, tidak hanya medan ilmu dan tarbiyah. Ulamak Haraki menunjangi pengorbanan jiwa, masa dan harta dalam semua bidang keperluan jemaah seperti politik pilihanraya, kebajikan dan kemasyarakatan, antarabangsa, hubungan bukan Islam dan lain-lain.

5 – Murabbi

Ulamak Haraki perlu gigih mentarbiah ahli seluruhnya melalui usaha yang serius, berpanjangan dan bersungguh-sungguh untuk menjadi amilin parti yang mengikut acuan dan celupan (Islam), dari segi ilmu, cara beramal dan akhlaknya.

6 – Mu’ayasyah

Ulamak Haraki pemimpin perubahan berpulah bergaul dengan masyarakat pelbagai peringkat dan kaum untuk menyampaikan tasawwur Islam agar perjuangan PAS diterima oleh semua, dihormati kawan dan digeruni lawan.

7 – Mustaqbaliyah

Ulamak Haraki berusaha menjadi kelompok pemikir yang memandang jauh hadapan, mencorak arah dan langkah perjuangan PAS dipandui oleh hikmah kebijaksanaan hasil kefahaman kepada Al-Quran, As-Sunnah dan Sirah perjuangan generasi terdahulu.