Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Muslimat Tunai Haji dan Umrah Contoh Pelancongan Tertua di Dunia

Tunai Haji dan Umrah Contoh Pelancongan Tertua di Dunia

292
SHARE

Tunai Haji dan Umrah Contoh Pelancongan Tertua di Dunia

Oleh: Asmaa Yusof

KUANTAN, 15 Jun – Perwakilan Kelantan kali ini menarik tumpuan para muktamar melalui ucapan penangguhan yang bertajuk Pelancongan dan Budaya.

YB Siti Zailah Mohd Yusoff menerusi ucapannya mengambil contoh Rukun Islam yang ke-5 sebagai model tumpuan pelancong bagi penyatuan ummah.

“Kalau kita lihat rukun Islam yang ke-5 iaitu menunaikan haji dan umrah; ia merupakan salah satu sektor pelancongan tertua di dunia yang mempunyai kesan yang sangat besar untuk penyatuan ummah.

“Oleh itu, Muslimat PAS mestilah mempromosikan pelancongan Islam untuk memastikan dakwah berkembang.

“Pelancongan ibadah di Kelantan melalui Madinah Ramadan berjaya menarik ribuan pelancong,” katanya.

Tambah YB Siti Zailah, beliau berharap semua ahli PAS sama – sama mengambil peluang mempromosi Islam melalui pelancongan.