Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Muslimat Ucapan Penangguhan Selangor dan Pahang Menyuntik Semangat

Ucapan Penangguhan Selangor dan Pahang Menyuntik Semangat

112
SHARE

Ucapan Penangguhan Selangor dan Pahang Menyuntik Semangat

Oleh: Rabiatul Adawiyah

KUALA TERENGGANU, 14 Sept – Agenda muktamar diteruskan dengan ucapan penangguhan perwakilan dari setiap negeri dimulai wakil Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor melalui wakilnya, Pn Hamsatul Hamzah di bawah tajuk, “Politik, Piliharaya dan Hubungan Antarabangsa”.

Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua jentera muslimat yang membantu khususnya dalam PRK N32 Seri Setia serta mantan calonnya, Dr Halimah Ali atas kesanggupan memilih PAS sebagai platform memperjuangkan Islam.

Dalam pada itu, Pn Hamsatul Hamzah turut berharap pihak pimpinan Muslimat PAS agar mengerapkan kunjungan mahabbah terhadap agensi-agensi kerajaan yang berjaya dilaksanakan sebelum ini.

“Saya memuji tindakan dari DMPM seperti kunjungan ke Kementerian Kebajikan, Wanita dan Masyarakat. Kita juga jangan lupa untuk mendekati badan-badan NGO yang memberi pengaruh secara strategik di Malaysia,” tambah beliau.

DMPN Selangor turut menyeru kepada Muslimat PAS agar melibatkan diri sehingga ke peringkat antarabangsa dengan menyertai misi kemanusiaan untuk menonjolkan peranan PAS yang cakna akan isu umat Islam.

Di samping itu, DMPN Pahang meneruskan ucapan melalui wakilnya, Puan Alwiyah bt Kasdan di bawah tajuk “Tarbiyah dan Dakwah”.

Beliau menjelaskan konsep amal jamaie dan penerapan kepada semua muslimat agar mengambil perkataan secara ‘jiddiah’ .

Beliau turut menyeru agar Muslimat PAS terus membina tenaga dan kursus serta menghidupkan pelbagai program tarbiyah. Gabungan tenaga muslimat veteran dan muslimat muda harus digandingkan bersama. Dalam pada itu, Muslimat PAS diseru untuk membuang sifat benci dan mendekati ahli UMNO untuk bersama dengan PAS demi Islam.