Home Muktamar62 Artikel Ucapan Pergulungan Ketua Dewan Muslimat

Ucapan Pergulungan Ketua Dewan Muslimat

93
SHARE

 

KOTA BAHARU, 3 Jun – Ustazah Hajjah Nuridah Bt Mohd Salleh, Ketua Dewan Muslimat PAS menyentuh berkenaan pilihanraya dan kenapa kita perlu menyertai pilihanraya.

Sungguh cantik ucapan pergulungan Ustazah tadi. Bila mana beliau mengaitkan pemilihan pemimpin dengan hari kebangkitan. “Bila kita dibangkitkan dari kubur nanti, kita akan ditanya, berkenaan pemimpin”.

Beliau memetik surah Ghafir ayat 16 :

يَوْمَ هُم بَارِزُونَ ۖ لَا يَخْفَىٰ عَلَى اللَّهِ مِنْهُمْ شَيْءٌ ۚ لِّمَنِ الْمُلْكُ الْيَوْمَ ۖ لِلَّهِ الْوَاحِدِ الْقَهَّا

Kerajaan-kerajaan Umat Islam pada hari ini masih memberi peluang untuk memilih pemimpin dalam pilihanraya secara demokrasi dan terbuka.

Walaupun kita akui terdapat penyelewengan dan penipuan dalam pilihanraya, tetapi umat Islam tidak boleh membiarka ruang untuk memilih pemimpin dan menguasai pemerintahan secara aman dalam pilihan raya dibiarkan begitu sahaja.

Jika kita boikot pilihanraya, maka kita telah membiarkan pemimpin yang memakan rasuah dan akhlaknya akan memimpin kita.

Tidak terlibat dalam pilihan raya adalah merugikan Islam kerana terdapat banyak ruang untuk kita memperkasakan ajaran Islam jika menang piliha raya.

Berdasarkan kaedah syarak :

من لا يتم الواجب فهو الواجب

“Tidak sempurna yang wajib itu melainkan dengan jalan ini, maka jalan ini menjadi wajib”

Menegakkan hukum Allah adalah wajib dan berada bersama jemaah Islam yang berusaha menegakkan Islam adalah wajib.

Maka, dikira wajib mengundi dalam pilihan raya untuk memilih pemimpin yang baik akhlaknya.

Salah satu cara untuk mendaulatkan hukum-hukum Allah s.w.t adalah dengan menguasai kepimpinan.

Pemimpin yang zalim tidak akan mencium bau syurga dan rakyat yang memilih pemimpin itu juga akan termasuk dalam golongan pemimpin yang zalim tersebut.

“Setiap daripada kita akan dibangkitkan bersama pemimpin yang kita pilih” Ujar Ustazah Nuridah.

يوم يدعو كل اناس باءمامهم

Maka adakah kita sanggup mempertaruhkan masa hadapan kita di akhirat semata-mata kerana terpengaruh dengan janji manis pemimpin korupsi.

“Kalau kita lihat pada kekuatan UMNO, maka kita tentunya rasa gerun, tapi ingatlah kita ada Allah. Allah jugalah yang memberi kemenangan kepada kita”.